Sejarah Pulau Batu Putih
Menurut cacatan sejarah, Pulau batu puteh ataupun Pedra Branca telah mendapat namanya dari kesan tompokan-tompokan berwarna putih najis burung camar laut yang mendiami pulau itu pada masa itu. Mengikut tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulau persinggahan.
Orang Portugis pula menamakan pulau batu puteh sebagai Pedra Branca yang bermaksud 'batu putih‘ berdasarkan warna pulau itu yang kelihatan putih, dan nama itulah yang digunakan oleh Singapura untuk merujuk kepada Pulau Batu Puteh hingga sekarang.
Sejak tahun 1583, seorang pelayar Belanda, Johann van Linschoten telah mencatatkan tentang bahayanya pulau ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari selatan Melaka. Ini dibuktikan apabila dilaporkan sebanyak 25 kemalangan kapal Antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku berhampiran pulau itu dan Antara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan kapal. Malah sehingga sekarang pun masih berlaku kemalangan pelanggaran antara kapal dikawasan itu. Pada 3 Januari lalu kapal anti kapal selam Singapura, RSS Courageous berlanggar dengan kapal kargo ANL Indonesia yang didaftarkan di belanda, kira-kira 1.8 batu nautika dari Pulau Batu Putih.
R. Haller-Trost dari unit penyelidikan sempadan-sempadan antarabangsa, dalam tulisannya yang bertajuk ‘Historical Legal Claims:A Study of Disputed Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca)’ pada tahun 1993, telah menyatakan bahawa pada tahun 1842, seorang bendahari bernama James Horsburgh yang berasal dari Scotland telah mengadakan kutipan yuran daripada para pedagang-pedagang di Canton, China untuk disumbangkan kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat bagi pembinaan sebuah rumah api untuk kemudahan kapal-kapal yang melalui kawasan perairan bahaya di bahagian timur Selat Singapura dan selat melaka. Sementara di sebelah timur pula, rumah api di Pulau Pisang telah dibina bagi tujuan yang sama. Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu. Pembinaan rumah api ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kapal-kapal yang melalui kawasan perairan tersebut dari mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan akibat pertambahan lalu lintas kapal.
Pembinaan Rumah api itu telah dijalankan oleh Kapten James Horsburgh pada tahun 1947 dan telah siap pada tahun 1950. Rumah api itu telah dinamakan rumah api Horsburgh sempena namanya. Rumah api itu dengan rasminya telah mula beroperasi pada 15 Oktober 1851. James Horsburgh dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah melakukan kerja-kerja hidrografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini.
Kemudianya kebenaran menguruskan rumah api itu telah dierahkan British kepada Singapura, tetapi British tidak menyerahkan hak milik pulau itu kepada Singapura kerana tidak ada satu perkataan pun dalam Perjanjian London dan perjanjian-perjanjian selepasnya yang memasukkan nama Pulau Batu Putih bersekali dengan Singapura.Mengikut fakta sejarah juga menunjukkan pentadbir Singapura yang dikenali sebagai Temasik pada waktu itu menggunakan hasil kutipan tol oleh kapal-kapal yang menggunakan perairan di Pulau Batu Putih sebagai modal untuk mentadbir rumah api di situ.
Sejarah awal pembukaan rumah api di Pulau Batu Putih tidak menampakkan penggunaan sumber sendiri di pihak Inggeris yang ketika itu menduduki Singapura untuk menguruskan rumah api berkenaan.
Pulau batu puteh seacra asasnya hanya merupakan sebuah pulau yang hanya seluas sebuah padang bola tidak mempunyai sebarang kehidupan dan tumbuhan. Mengikut keterangan daripada Laporan Marin Bengal, permukaan pulau ini telah diukur berdasarkan itu telah dicatatkan bahawa panjangnya adalah 137 meter semasa air pasang rendah dari arah timur laut ke barat daya. Bahagian permukaan besar pulau itu terdapat di sebelah utara, sementara bahagian selatan hanya sedikit sahaja. Pada aras air rendah didapati permukaan batu-batu dipisahkan pada jarak 20 hingga 30 meter dari batu besar. Kedudukan paras paling tinggi pula ialah 8.2 meter ketika air pasang tinggi. Bagaimanapun rupa bentuk Pulau Batu Putih telah berubah sejak Singapura membina tempat pendaratan helikopter pada 1992 dan kemudahan radar dan marin pada 1989 di atas batu itu.
Permulaan Pertikaian
Pertikaian tentang pemilikan pulau batu puteh bermula apabila Malaysia mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia pada 21 Disember 1979. Dalam peta baru itu Malaysia telah memasukkan pulau batu puteh itu ke dalam wilayah perairannya bagi mengukuhkan turning point (TP) 30 pada persilangan pembahagi bersudut tepat (tegak) segi tiga yang dibentuk oleh tiga titik iaitu Pulau Batu Putih, Tanjong Sanding dan Tanjong Berakit (di Pulau Bintan, Indonesia). Pulau Batu Puteh terletak di sebelah timur Singapura sejauh lebih kurang 46 km (25 batu nautical). Pulau ini berada pada koordinat 1 ב 19' 48" LU dan 104 ב 24' 28" BT sejauh BT sejauh 14.3 km (7.7 batu nautikal) di sebelah selatan Malaysia dan sekitar 13 km di sebelah utara Pulau Bintan (Indonesia).
Jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika manakala hanya 7km sahaja dari Malaysia. Malaysia mengatakan bahawa Perjanjian Crawfurd atau Crawfurd Treaty ditandatangani pada 2 Ogos 1824 antara Great Britain dengan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor hanya menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British dan Pulau Batu Puteh adalah 25.5 batu nautika dari Singapura. ini bermakna penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
Sultan Johor juga menyatakan bahawa kerajaan itu hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. manakala Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran untuk mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura, yang kelihatan kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini adalah memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini setelah wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor di kerajaan itu.
Singapura pula telah mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan atau tuntutan oleh pihak Malaysia. Singapura juga telah menyatakan bahawa Pulau Batu Putih merupakan salah sebuah kawasan yang penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut selain Middle Rocks, dan South Ledge.
Pertikaian Pulau Batu Putih
Pertikaian yang berlarutan hampir 29 tahun itu bukan hanya melibatkan pertikaian hakmilik Pulau Batu Puteh tetapi turut melibatkan dua lagi pulau batu berhampiran yang dikenali sebagai Middle Rocks dan South Ledge.
Tiada kenyataan atau bukti tentang sebarang pertikaian Pulau Batu Putih ditimbulkan dari Malaysia dan Singapura sebelum 1979. Walau bagaimanapun pada tahun 1953, terdapat sepucuk surat dari pemangku setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan daripada kerajaan Singapura tentang status Pulau Batu Putih, surat itu telah menyatakan bahawa kerajaan johor tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Putih yang ditadbir oleh Singapura pada ketika itu kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British.
Pada 20 Disember 1979, Kementerian Luar Malaysia menghantar telegram kepada semua Misi Asean tentang keputusan Malaysia untuk mengeluarkan peta baru. Pengeluaran Peta baru ini tidak bermaksud tuntutan baru, tetapi hanya petunjuk mengenai hak Malaysia di perairan laut wilayah dan pelantar benua Melaysia berdasarkan perjanjian-perjanjian sedia ada dan perundangan antarabangsa. Malaysia telah memaklumkan penegluaran peta Malaysia 1979 kepada 7 negara jiran iaitu Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan China. Semua 7 negara ini telah membantah kerana Malaysia cuba mengubah status quo.
Pada 21 Disember 1979, mesyuarat pertama antara Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian luar Malaysia dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura. Ketika itu tidak ada bantahan dari Singapura.
Pada 13 Mei 1980, Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia ada memberi respond terhadap kenyataan Lee Kuan Yew berhubung dokumen yang disimpan oleh Singapura. Tetapi sehingga kini dokumen definitif itu tidak ditunjukkan di mahkamah.
Seterusnya Pada 14 Februari 1980, Singapura telah membuat bantahan rasmi terhadap pengeluaran peta baru Malaysia yang menunjukkan Pulau Batu Puteh itu adalah sebahagian dari kawasan Malaysia dan kemudiannya menuntut Pulau Batu Puteh sebagai miliknya. Nota ini yang mencetuskan pertikaian. Tarikh kritikal ini dianggap penting dari sudut undang-undang sempadan. Selepas tarikh ini, Singapura tidak lagi bertindak normal berbanding fungsinya sebagai pengendali rumah api. Singapura htidak hanya berhenti setakat itu, ia kemudiannya menuntut pula milikan terhadap Middle Rocks dan South Ledge pada 6 Februari 1993.
Pada September 1991, Menteri Besar Johor pada ketika itu menyatakan bahawa “dari sudut pandangan sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik kita” dan “kerajaan Johor bersedia menyediakan bukti jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.” Pendapat ini telah diulangi pada forum khusus tentang Pulau Batu Putih yang diadakan di Johor Bahru pada Oktober 1991 yang telah dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia.
Dalam kenyataan untuk menuntut kembali kedaulatan pulau tersebut, Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih itu sejak 1513 apabila Kesultanan Johor-Riau-Lingga ditubuhkan oleh Sultan Mahmud yang berundur setelah Portugis menawan Melaka pada 1511. Dan jika dilihat berdasarkan teori warisan negara, Pulau Batu Putih juga secara tidak langsung menjadi milik Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957.
Malaysia terus menyokong kenyataan itu dengan menyatakan bahawa pulau itu adalah milik Malaysia dengan menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya diberikan kebenaran oleh British untuk menguruskan rumah api sahaja dan bukannya penyerahan hak milik dan kebenaran menguruskan rumah api itu tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu.
Manakala Singapura pula terus beranggapan bahawa ia mempunyai hak sepenuhnya ke atas kedaulatan dan kuasa perundangan di Pulau Batu Putih berdasarkan Perjanjian Anglo-Belanda. Malah ia juga berdasarkan fakta bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membina rumah api dan menyelenggarakannya sejak 1851 dan kemudian menyerahkan pengurusannya kepada Singapura.
Tanggapan Singapura ini diperkuatkan lagi apabila tiada pihak berkuasa dari mana-mana kerajaan termasuk Johor dan Malaysia yang membuat sebarang tuntutan atau membantah status Pulau Batu Putih sehingga 1979. Oleh yang demikian, Singapura mengambil kira itu sebagai persetujuan tentang pemilikannya ke atas pulau tersebut dan batu-batu di perairan 7.7 batu nautika di tenggara Johor itu menjadi bahagian sah dalam wilayah republik itu.
Singapura mengatakan bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia gemar mengamalkan sikap yang berdiam diri dan dikatakan sebagai 'pengantin perempuan Melayu' ini dianggap oleh Singapura sebagai persetujuan tentang hak miliknya ke ats pulau itu. singapura menganggap rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Meskipun pembinaan dan pengurusan rumah api Horsburgh adalah dengan kebenaran Sultan Johor pada 1844, namun pembinaan selepas 1979 yang dilakukan Singapura di atas pulau itu adalah tidak mendapat pengiktirafan dari Malaysia, ini bermakna Malaysia tidak membenarkan sebarang pembinaan di atas pulau tersebut selain pembinaan rumah api tersebut. Malaysia menyatakan Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah 'berdetik' tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini. pembinaan Rumah Api Horsburgh ini tidak dibantah oleh kerajaan negeri Johor ataupun Empayar Johor-Riau. Namun Malaysia menyatakan diam tidak beerti setuju dan mengiktiraf pulau itu hak Singapura..
Ini adalah kerana Malaysia pada masa tersebut merupakan sebuah negara yang boleh dikategorikan sebagai 'anak tiri' British yang pasif sedangkan Singapura dikategorikan sebagai 'anak angkat' British yang agresif, dan seterusnya Singapura mendakwa lebih berhak menjadi pewaris sah kepada pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Ini nyata merujuk kepada sistem demokrasi Barat, dimana kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.
Selian itu, Singapura juga mengatakan pulau itu sebagai Terra Nullius iaitu bermaksud "unclaimed by a sovereign state recognized by European powers", merujuk kepada tempat tidak dituntut oleh negara berdaulat yang disahkan oleh kuasa Barat. Singapura menyatakan Pulau Batu Puteh adalah termasuk dalam kategori itu kerana pulau yang seluas padang bola sepak itu tidak berpenghuni dan rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut hak milik pulau tersebut.
Sebaliknya Malaysia pula mendakwa pulau itu bukanlah termasuk dalam kategori terra nullius. Ini kerana pulau itu telah menjadi persinggahan bagi para nelayan dan merupakan tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun . Malah perairannya telah menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di kawasan Pengerang dan Teluk Ramunia , Johor. Jika mereka tidak berlindung di Pulau Batu Puteh, bot nelayan akan hanyut ke Pulau Bintan, Indonesia dan jika itu berlaku adalah sukar untuk nelayan mendapatkan sebarang bantuan. Selain itu, dalam carta ahli pelayaran China Pada 1621, Wubei Zhi telah mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai 'Pia Chiao'. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah tergolong dalam kategori terra nullius seperti yang dikatakan oleh singapura..
Walauapa pun, beberapa dokumen yang ada kaitan dengan Pulau Batu Putih perlu dikaji dengan teliti termasuk maklumat abad terdahulu bersama-sama dokumen masa kini. Jika dilihat dari factor sejarah, sebenarnya tiada kesangsian lagi bahawa wujud hubungan rapat antara Johor dengan Riau-Lingga yang ditubuhkan oleh Sultan Mahmud pada 1511 yang juga merangkumi seluruh wilayah Singapura dan kepulauan di sekitar berhampirannya, kerana pada masa dahulu ia diperintah oleh seorang sultan. Berdasarkan kepada wilayah-wilayah tertentu, fakta yang jelas ialah Johor dan Riau-Lingga pernah merupakan satu entiti politik yang diiktiraf. Dan berdasarkan sejarah hubungan Sultan Johor dengan sekutu dan seterunya pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, yang akhirnya telah membelah dua empayar Kesultanan Johor dengan Kesultanan Riau-Lingga pada 1814 hingga 1824, ia adalah akibat daripada Konvensyen London 1814.
Agenda konvensyen antara Britain dengan Belanda itu berkaitan dengan tanah jajahan Belanda di mana, British menyerah balik kepada kerajaan Belanda beberapa kedudukan tanah jajahan tertentu yang telah ditangani mereka pada 1803. Perjanjian ini kemudian memberi laluan kepada pembahagian tanah jajahan di Asia Tenggara antara Britain dan Belanda melalui Perjanjian Anglo-Belanda 1824. Pada Mac 1824, Perjanjian Anglo-Belanda itu akhirnya memisahkan Riau-Lingga daripada empayar Sultan Johor. Temenggung Hussain (Johor) dan Temenggung Jaafar (Riau-Lingga) yang bertelagah pula terlepas perhatian tentang Pulau Batu Putih kerana sibuk menjaga kepentingan masing-masing.
Syarikat Hindia Timur Inggeris kemudiannya membayar pampasan kepada Temenggung Johor itu sementara Belanda meningkatkan pendapatan kepada Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga. Pulau Singapura pula secara langsung menjadi milik British dan kemudian ditubuh pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Selat yang merangkumi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Jika diambil kira tulisan R. Haller-Trost dari Unit Penyelidikan Sempadan-sempadan Antarabangsa, Universiti Durham, London itu, perjanjian yang sedia ada membuktikan bahawa isu kedaulatan Pulau Batu Putih ada kaitan dengan Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Pejabat Tanah Jajahan British di India bagi satu pihak dan Johor pada satu pihak lain.
Pembuktian hak ke atas wilayah biasanya menimbulkan masalah disebabkan penyediaan dokumen dan kandungannya yang tidak lengkap. Jika dilihat semula dari hasil kajian Trost yang membuat kajian ke atas Pulau Batu Putih mendapati bahawa kebanyakan dokumen rasmi yang ditemui di India Office Library dan Public Record Office di London, hanya menunjukkan sedikit sahaja rujukan kepada Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih, dan tidak mengaitkan persoalan tentang kedaulatan ke atas wilayah berbatu itu sebelum struktur binaan didirikan.
Malaysia dan Singapura kemudiannya mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003
Dan bermula 6 November 2007, pertikaian perihal tuntutan Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge akan didengar di ICJ. Keputusan siapa pemilik pulau-pulau ini hanya akan diketahui pertengahan tahun 2008
Perbicaraan Pulau Batu Puteh
Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) telah memulakan persidangannya pada 6 November 2007 untuk mendengar kes tuntutan hak milik oleh kerajaan Singapura dan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih atau lebih dikenali sebagai Pedra Branca.
Pulau yang sebesar padang bola ini terletak di selatan Semenanjung telah ditadbir dibawah pemerintahan British semenjak 1840 dan kemudiannya diambil-alih oleh pemerintah Singapura setelah penguduran pentadbiran British dari Malaya tetapi kemudiannya dituntut semula oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1979. Setelah pelbagai cara diusahakan namun masih gagal mencari jalan penyelesaian, sebuah perjanjian khas ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura di Putrajaya dan dikuatkuasakan pada 9Mei 2003, dimana kedua-dua negara telah bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2003.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memberikan Singapura masa empat hari bermula 6 November hingga 9 November untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama sementara Malaysia diberikan giliran pada 13 November hingga 16 November 2007. Pusingan kedua bagi Singapura pula bermula dari 19 November hingga 22 November 2007. Keputusan bagi kes tuntutan hak milikan ini akan dicapai pada Jun 2008
Terdapat 16 hakim dari pelbagai negara yang akan mendengar perbicaraan kes tuntutan hak milik batu puteh dan mengundi untuk menentukan kedudukan kes ini yang diketuai oleh naib presiden Mahkamah Keadila Antarabangsa iaitu Awn Shawkat Al-Khasawneh, dan dibantu oleh hakim lain yang terdiri daripada Raymond Ranjeva dari Madagascar, Shi Jiuyong dari China, Abdul G. Koroma dari Sierra Leone, Gonzalo Parra Aranguren dari Venezuela, Thomas Buergenthal dari US, Hisashi Owada dari Jepun, Bruno Simma dari Germany, Peter Tomka dari Slovakia, Ronny Abraham dari France, Kenneth Keith dari New Zealand, Bernardo Sepulveda Amor dari Mexico, Mohamed Bennouna dari Morocco and Leonid Skotnikov dari Russia. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa iatiu Hakim Rosalyn Higgins adalah tidak layak menjadi hakim dalam perbicaraan ini kerana pernah mewakili Singapura sebelum ini. Selain itu, Malaysia melantik Christopher S.R. Dugard dari Afrika Selatan, manakala Singapura pula melantik Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India yang akan bertindak sebagai hakim-hakim pemerhati.
Delegasi dari Singapura terdiri dari Tmbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Undang-Undang Singapura S. Jayakumar, Ketua Hakim Singapura Chan Sek Keong, Peguam Negara Singapura Chao Hick Tin dan Duta Besar Tommy Koh yang merupakan Duta Kelana di Kementerian Luar Republik Singapura dan juga merupakan professor undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura, mereka dibantu pakar undang-undang antarabangsa yang terdiri dari Queen's Counsel Ian Brownlie, seorang pakar undang-undang antarabanga dari Universiti Oxford, Professor Alain Pellet of the University of Paris X-Nanterre, yang merupakan ahli United Nations International Law Commission, Mr Rodman Bundy of the English law firm Eversheds, orang yang berurusan dengan penyelesaian pertikaian wilayah dan persempadanan dan Ms Loretta Malintoppi of the Eversheds ,merupakan arbitrasi antarabangsa serta pakar undang-undang awam antarabangsa.
Manakala di pihak Malaysia, delegasi Malaysia pula diketuai oleh Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail selaku ketua pasukan undang-undang Malaysia, Duta Besar dan Penasihat Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Luar Negara Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin bertindak sebagai wakil bersama. Delegasi Malaysia juga turut disertai oleh Pasukan perundangan antarabangsa yang terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht and James Crawford, yang merupakan Professor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, seorang Professor Undang-undang awam, Antarabangsa, Universiti Leiden, Marcelo G. Kohen, Professor Undang-undang Antarabangsadi the Graduate Institute of International Studies, Geneva dan Penelope Nevill iaitu Pensyarah kolej, Downing College, Universiti Cambridge.
Pulau Batu Puteh terletak berhampiran dengan pulau-pulau sekitarnya seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik Malaysia.
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment